♪ ♩♫ MANUSIA BIASA ♪ ♩♫ ♪ ♩♫ MANUSIA BIASA ♪ ♩♫: KENALI MUSUHMU
♪ ♩♫ MANUSIA BIASA ♪ ♩♫

SETIAP MANUSIA MELAKUKAN KESILAPAN HARAP MAAF SEKIRANYA DIRI INI SERING MENYAKITI ANDA SEKALIAN :)

Saturday, 6 September 2014

KENALI MUSUHMU

musuh itu tidak senang melihat engkau bahagia ,
musuh itu berasa resah setiap kali engkau merasai ketenangan ,
hasad dengkinya membuak-buak ,
usahanya tidak pernah putus ,
untuk membawamu menyertainya ke negara jahil .

akan digodanya dirimu ,
selagi jasadmu mengendong hayat ,
hingga saat rohmu akan berpisah dari tubuhmu ,
dia diberikan kelebihan oleh Allah .
berjalan di dalam tubuhmu ,
melalui aliran lebuh raya pembuluh darah .

bisikan- bisikannya seolah-olah tidak kedengaran ,
sehingga engkau menurutnya tanpa sedar ,
sedangkan dalam bisikan itu mengandungi racun ,
racun yang membunuh . . 
membunuhmu . . 

dan membunuh rohmu ,
daripada mengapai hidup bersama Ilahi ,
setiap raja ada tenteranya ,
dan ketahuilah  . .

tentera musuhmu itu ada dalam dirimu sendiri ,
yang bernama nafsu syahwat ,
tentera musuhmu itu akan menjadi kuat ,
tatkala perutmu sentiasa dipenuhi makanan ,
meskipun daripada makanan yang halal .

justeru ,
lemahkan dia dengan jalan berpuasa ,
atau makan ketika lapar dan berhenti sebelum kenyang .

Kalau Anda Suka Entry Ini Like dan Comment

0 comments :

Post a Comment

 
Copyright © . All Right Reserved by syahida eyda